Thursday, May 31, 2012

Sekadar Mencari Ketenangan..

Saje nak share video dari youtube ni di sini..huhu
Cute saje baby ni..
Selamat Berhibur...




SaYaNg kAmU.... =)


Friday, May 25, 2012

Amalan-amalan Dalam Bulan Rejab

Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:

- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,

- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).

- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu

- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.

- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.

- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya

- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)

- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.


Rasulullah saw. Bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun.


Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun.
Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”

Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.
 

Selamat Beramal.....


SaYanG KaMu.... =) 

Wednesday, May 23, 2012

Dari dapurku II

Sekian lama x beroperasi..akhirnya siap jugak tempahan dari seorang sahabat untuk majlis kenduri dan juga senior sekolah saya huhu..terima kasih sume kerana sudi membeli mini popia nestum.....Jutaan terima kasih... =)


Tempahan untuk sis Marjaniah..

Untuk Majlis Kenduri..terima kasih Puan CTN@ Siti Nur Azah...



SaYaNg KaMu...=)

Friday, May 11, 2012

MaRi BeRsElAwAt Di HarI JuMaAt....


Semoga ceria di hari yang indah dan maniskan dalam setiap senyuman....

SaYaNg KaMu... :)

Thursday, May 10, 2012

- Gangguan Jin -


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

SUMBER: Misteri & keajaiban alam

TeRiMaLaH sEaDaNyA~~~~

Pinjam kata-kata ini dari sahabat di fb...(Kinna NHaris):-

"Sebanyak mana keburukan pasangan...terima dgn seadanya dia, ada terselit kebaikan yg boleh dihargai..dan terlebih dahulu nilai la diri sendiri sebelum melihat keburukan orang lain.."
 Oleh itu, hargailah setiap pasangan yang ada setia di sisi kita & sentiasalah muhasabah diri untuk mengecapi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup


Sayang kamu.... :) 

Wednesday, May 9, 2012

Pati Delima Gulshan..



Hari ini nak kongsi satu cerita tentang satu jus iaitu 'JUS PATI DELIMA GULSHAN'...Ia bagus untuk kesihatan tidak kira lelaki atau perempuan...


~KHASIAT PATI DELIMA GULSHAN~

 Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
  5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
  6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
  10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
  11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  12. Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
  13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
  14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
  15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
  18. Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
  19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata..
 Additional info >>>

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).


Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-

·         Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
·         Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal  
·         Membersihkan hati dan urethra
·         Memperkuatkan sistem penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Meningkatkan tenaga
·         Mencegah ‘morning sickness’
·         Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
·         Mencantikkan dan mencerahkan kulit
·         Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
·         Boleh meghilangkan kahak
·         Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
          kekuatan tenaga batin
·         Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Diingatkan bahawa kita hanya berusaha...yang akan sembuhkan adalah dari ALLAH TAALA...

Jangan lupa Selawat + Ayat Kursi + Doa (di dalam hati untuk sembuhkan penyakit.....)


Yang berminat boleh pm saya..:)

wassalam...




Saturday, May 5, 2012

Dari dapurku....

Dari mahu mencuba bertukar kepada hobi..kini hasilnya alhamdulillah hampir setahun bertukar kepada bisnes .Bersedia menerima tempahan untuk popia nestum dan kerepek ikan bilis.Dan insya-Allah akan berkembang lagi beberapa idea yang boleh memberi kepuasan kepada semua...Terima kasih kepada yang sudi membeli dan memberi kritikan yang positif untuk hasil air tangan saya dan inilah hasilnya....





Wednesday, May 2, 2012

KELEBIHAN BERZIKIR DENGAN KALIMAT LAILAHAILLALLAH


Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya kerana kelebihanya :
Kelebihan:
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam”.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
* Sama-sama kita amalkan...aminn...*